Thursday, November 10, 2011

Tevez malas mohon maaf kepada Mancini dan rakan sepasukan.


Tevez telah pun menjalani penggantungan selama dua minggu.

Roberto Mancini memenangi pertarungan terbarunya dengan Carlos Tevez apabila penyerang itu menerima hukuman yang dikenakan berdasarkan dakwaan sikapnya di Munich.
 
Tapi Tevez sama sekali tidak akan memohon maaf,  membuatkan masa depannya di Manchester City terumbang-ambing.
 
Masalah Tevez berterusan apabila beliau memberitahu tidak akan merayu keputusan untuk mendendanya dengan gaji selama dua minggu sebanyak £400,000 dan menggantungnya selama dua minggu.
 
City dipaksa untuk mengurangkan denda asal yang dikenakan iaitu penalti gaji selama empat minggu apabila PFA enggan mengesahkannya dan kesatuan pemain itu kemudian memberitahu Teves bahawa mereka bersetuju dengan denda yang dikurangkan. Bagaimanapun beliau masih bertegas tidak melakukan sebarang kesalahan dan menolak dakwaan bahawa beliau sengaja enggan bermain.
 
Bekas kapten ini tidak akan memohon maaf kepada pengurus City itu dan rakan sepasukannya kerana dibenarkan menyambung kariernya di Etihad Stadium.
 
City hampir pasti akan melepaskannya semasa jendela perpindahan Januari ini dengan Itali menjadi destinasi paling berkemungkinan.

No comments:

Post a Comment