Thursday, November 10, 2011

Chelsea mahukan perjanjian stadium £100 Juta


Chelsea perlukan stadium yang lebih besar.



Chelsea berharap dapat memperkenalkan penaja baru untuk Stamford Bridge sebelum permulaan musim hadapan.
 
Kelab mencari perjanjian yang akan menyaingi jumlah £100 juta yang dibayar Emirates untuk meletakkan nama syarikat mereka di gelanggang Arsenal.
 
Bagaimanapun, mereka juga menegaskan akan meneruskan perancangan pembinaan stadium baru kerana merasakan stadium sedia ada terlalu kecil.
 
Ketua eksekutif Chelsea, Ron Gourlay, berkata: “Kami harap dapat membuat pengumuman hak nama untuk Stamford Bridge dalam masa enam hingga lapan bulan."
 
“Ia akan menjadi langkah besar kerana kami akan meningkatkan pendapatan."
 
“Kami perlu mempertingkatkan stadium kami dan cuba sedaya-upaya untuk menambah kapasitinya. Kami perlukan stadium dengan kapasiti 60,000 - 65,000 tempat duduk."
 
“Kami ada kemudahan korporat terbaik dan 30,000 pemegang tiket semusim."
 
“Tapi kami ada stadium yang kurang dari 40,000 di mana ia berkurangan kepada 38,000 pada perlawanan Liga Juara-juara. Kami perlu mencari penyelesaiannya.”

No comments:

Post a Comment