Thursday, November 10, 2011

6 Cara membuat gigi kuning menjadi putih







1. Arang Kayu
Sebenarnya arang kayu juga sangat bagus untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namun bahan ini berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh itu, anda sebaiknya tidak mencuba cara ini.
2. Lemon dan Garam
Anda boleh mendapatkan gigi putih cemerlang dengan menggunakan ubat gigi sendiri yang dihasilkan dari beberapa titisan jus lemon yang telah dicampur dengan sejumput garam dapur. Aplikasikan ia ke gigi dan gosok secara lembut seperti ketika anda sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.
3. Kulit Limau
limau comel Cara Membuat Gigi Kuning Menjadi Putih
Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.
4. Daun Kari
Ambil enam helai daun kari, lalu dijemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar keenam helai daun kari tersebut, setelah itu tambah kulit limau serbuk. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, maka nescaya dalam dua minggu anda akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.
5. Ekstrak Epal dan Cuka Putih
Ekstrak buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan menghilangkan kesan karat pada gigi, kerana kedua-duanya mengandungi unsur pemutih yang membantu menghilangkan kotoran dengan cepat. Akan tetapi kedua-dua bahan ini sifatnya sangat keras, sehingga penggunaan secara harian akan menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel. Selain itu, rasanya juga sangat pahit.
6.STRAWBERI
strawberi bukan sekadar buah yang dinikmati.selain vitamin c,strawberi juga dikenali mempunyai khasiat untuk
membersihkan gigi walaupun rasanya manis,starawberi tidak berbahaya pada kesihatan gigi.sebaliknya,
buah ini membantu menghilangkan karat pada gigi menjadi putih berseri




No comments:

Post a Comment